Wednesday, December 28, 2011

oh God, how i wish to be there!

Salam~

i really wanna go here~
HAGIA SOPHIA in Istanbul, TURKI.
before this, it was a church, then turn into a mosque and currently it is a museum.
next pic will tell you the inner look of HAGIA SOPHIA a.k.a aya sofia~

as it was a mosque before, the Islamic arts was still there.

Subhanallah, 
i wonder how's the architect in that time will come out with such ideas! 
BEAUTIFUL!

NICEEEEEEEEE !

wow! so big right?

suddenly, it remind me to my former roomates. she is TURKIans! ohhhhhhh how i miss an oppurtunity to join her when she decided to go back to her hometown. hurmm maybe Allah does not permits me right? :)
okey, just pray for me that i have an opportunity to go there!  AMINNN~
thanksss! Salam~

p/s : biar lah orang lain sibuk plan nak pergi korea atau switzerland nak berbulan madu. aku tetap nak pergi sini duluuuuuu! tapi pergi korea pon nak jugak, after gi aya sofia yer! one-way kotttt! HEHE

Tuesday, December 27, 2011

IM NOT FAKE.

is it hard to terus-terang? maybe i need another approach to deal with it.
please, correct me if im wrong.
please do that.

*kindofstresswithmyself.
Allah, please guide me~

heartless

IM NOT FAKE.

Tuesday, December 20, 2011

kenapa status saya macam tu?


Salam semua. bukan niat di hati nak promote status FB, tapi saya tulis sebab saya nak share ape yang saya dapat hari ini. Saya tulis untuk peringatan.

Saya pelajar 1st year, belum masuk major. DAN kalau orang tanya, MAJOR IN APE? Errrrr... susah nak explain sebab kampus kami memang lain sikit sistem nya. yup, offer letter memang saya "Bachelor in Accounting" tapi tu bukan lah major kami yang sebenarnya. Kami diberi pilihan untuk pilih major yang sebenar2nya.........

OK
tadi around 1 lebih, kami duduk meja yang besar walaupun kami hanya bertiga. tetiba ade lah seorang akak ni duduk depan kitorang. MEMANG SELAMBA. giler. aku dah berkerut sikit, dalam hati kerutnya... (boleh kerrrrr??) huhu! ok then tengok lah macam2 aznil, memang ramah lah, then dia tanya kami, "course ape?" kami jwb "econs" . "major in?" "kami belum major lagi" then pung pang pung pang.... berbual2.... akak tuh 4th year. bisnes admin, specialised in finance. oh! aku dah berbunga2, sebab aku plan nak amek yg ni, instead of Islamic finance. sebab ramai sgt yang apply ni. huhu~ bila aku tny, "susah tak?" laju je dia jawab, "susah, memang susah"
guess what i feel? akak ni memang straight to the point, no belok2 laaaa~
tak macam org lain, dia tak lah ckp yang manis2, kalau susah memang susah. huuuu~

OK
nak pendekkan cerita, akak ni dah practical... practical kat mana? satu company yang namanya dirahsiakan. tapi produk kesihatan. pati2 ayam gitu! huhu~ company yang besar! ish dalam hati aku dah bermonolog dah.."giler ah akak ni!!!!!"
then PUNG PANG PUNG PANG lagi akak ni bercerita.... aku ternganga sikit la dengar... tangan dah kering, nak pergi sinki kang, akak ni bgn jugak, ish akak ni byk isi ni, so kena jugak dengar! hehe~
byk la pengalaman, memang akak ni superb!
nak tahu? dia kerja, semua cina, satu je melayu, termasuk dia. 2 org je melayuuuuuu!
OH!
aku memang terlopong lah dengar. seyes weh! bukan lah nak fanatik sgt, tapi.... hah tu lah!

OK then, kerja dgn org cina ni senang je, memang dia tinggalkan kita belajar sendiri, tapi kalau kita byk bertanya, kita lah yang untung. THEN, memang mereka uji behaviour kita. uish nak tahu mcm mana? mereka tinggalkan kita dengan produk2 mereka, duit bersepah2.. memang nak uji tahap keAMANAHan kita. esok pagi, akak tu kena panggil meeting yang disertai oleh manager2 setiap department, then VIDEO DITAYANGKAN. rupa-rupanya ade CCTV kat dalam bilik semalam tu. mereka tunjuk behaviour kita kat semua manger tu. can you imagine it? untunglah kalau kita ni amanah, baik hati kan, what if kita ni panjang tangan??????? memang maluuuuu! budak practical bawa nama u, bawa nama sendiri (guna nametag) dan paling penting bawa nama AGAMA ISLAM! tapi akak ni tak amek lah, kira behaviour akak ni bagus lahhh~ ALHAMDULILLAH..... ish.. memang mencabar bukan? sila kata yes!

OK then aku tanya lah, "result akak mesti gempak kan? yelah company macam tu pon boleh terima akak jadi trainee" then dia admit yang dia budak average. memang average. bukan DEAN LIST's student. dia admit, dia pernah REPEAT, FAIL pon pernah. WAH~ memang aku teruja. 
Akak ni pon pernah kerja jadi guru ganti kat satu sekolah ni, semua tamil, dia seorang sahaja melayu! of course la SEKOLAH TAMIL. akak ni jugak sekarang ni jadi guru tusyen kepada anak2 owner cafe aku ni.
berbalik kat practical dia tu, dia pernah dicampak kan ke finance, marketing, admin dll. semua dia boleh buat.
time ni tahap keyakinan aku tentang BACHELOR IN BUSINESS ADMINISTRATION memang melonjak tinggi. sampai rosak springggggggg!
masa dia kerja bahagian marketing, dia ditugaskan untuk market kan produk tu, target sale 2000 units. TAPI nak tahu akak tuh dapat sales berapa???? ALMOST 10,000 unitsssss!
memang lah company tu tak nak dia berhenti kerja. hah laaaaaa... sebab dia bijak buat promotion kan!
hurm then jam menujukkan 1.50pm. akak tu ade kelas pukul 2.00pm. so majlis terpaksa bersurai. TANPA RELA.................. hoho! #perlu ker?

cuma apa yang terkesan kat hati aku ni, dia cakap, jangan pandang orang sebelah mata. jangan pandang orang yang bodoh atau yang kurang pandai. sebab kalau kita pon jadi mereka, kita tak suka kan bila kita dipandang rendah. 

itulah sebab kenapa status FB mcm kat atas tu.. kekeliruan aku nak amek BACC atau BBA. then insya ALLAH, aku akan melanjutkan pelajaran dlm BBA. pekakkan telinga, bila orang tanya, "eh eid, kenapa tak amek BACC? eid muka macam budak accounting." #sumpah psycho giler weh! haha. biarkan mulut mereka berkata, sebab masa depan aku tak ditentukan oleh mulut-mulut mereka.
I KNOW WHO I AM.
so please dont ask anymore. tolong sokong aku. PEACE!

ok belum habis cakap lagi ni, tetiba aku teringat nk paste ni.



p/s : akak ni siap ckp kat aku, tak payah lah amek account, kita ni perempuan, takde LIFE nanti. laki tinggal kat umah, kita kang sampai tak tido malam kat office. huhu! but it depends la kan on rezeki masing-masing. PERINGATAN: ini hanya lah pendapat peribadi. REZEKI semua dalam ilmu ALLAH bukan? 
moga ALLAH permudah kan segalanya.. biiznillah...
ok, salam semua. HAVE A BLESS FROM ALLAH. :)

Saturday, December 3, 2011

HALO!

new come back.
come back with a new single *wah macam penyanyi gituh.
lately memang rasa sangat tertekan. tido tak lena, makan tetap berselera.
ok u know what, i realy damn much punya rindu kat kawansssss saya. so i just post gambar2 ni, sebab saya nak mereka tahu saya rinduuuu mereka. :((((((

ok, this is one of my best of the best fren - Ayied Zudin.
ok aid, bila nak belanja coolblog lagikkkk?
pleaseeeeeeeeee! HEHE


from left : Fahmi Aziz, Ziema Aziz ( they are not sibling HAHA), aku, Mat Farhan,
and Yusuf Shari. ok Fahmi is my permanent driver HAHA,
Ziema is my JIRANS, Mat Farhan also my Jiransss, AND Yusuf Shari is my universitymates. HAHA and also my jiransss
semua la nak jadi jiran akuh! HAHA
uma kita kan dekat dekat. EHEEE~
ok aku RINDUUUUU SEMUAAAA yang KAKU kat atas ni! 
ok , yang ini CIKGU kami... Azleen Jamil, student of IPG Negori sembilan..
untunglaaaaa orang tgh cuti sekolahhhh kan! jelezz gilakkkk weh! HAH tggu aku 
balik okeh, nak hangout ngn kau lagik. nak kau bawak aku naik kete kau lagik! HEHE




From left, aku, Echa adam, Zuraidah, Ziema aziz (lagi? HAHA). this photo taken masa raya arituuu... aish rasa macam dah lama giler seyh tak jumpaaaaaa.... rinduuuu :'(


From left : Amirah Adnan *with her little sister named halus :) i donow mana datang nama tuh, tp yang penting, she is so cuteeee..., next to her is Sn Aisyah, aku, Zimah Malek, Ziemah Aziz.. *both zima are not sibling (of coz!) but they are sharing the same name. memang kena tanya balik la kan kalau sebut zima jerk, "zima mana?" HEHE. rinduuu kaliannnn sangat2 weh!


NAH! ni lah gambar family GENG YB JOHOR JAYE. oh miss giler dengan semua.. jumlaaaa buat event lagiiiiiiiii~ please please please. oh ade yang tak dikenalkan lagi Yang baju merah belakang tu, itulah encik ASKAR kita, Zahinnudin aka ZAI..yang ni memang sibuk memanjang, tapi kalau die ade kat jj, memang senang nak ajak keluar! hehe~yang depan nye, yg baju ijau tu RAIHAN..yang belakang baju biruu AZRUL.. ni pon macam encik askar, on jerk kalau ajak! HAHA. ok mari kita pikir nak buat event ape pulak yerrrr!

ok all, thankssss! ngee~
* ade yang takde dalam gambar tu, jgn bersalah sangka atau mengecilkan hati sendiri yer. kamuu semuaaaa tetap menjadi PUJAAN HATIKU.. *tetiba HAHA

Wednesday, September 7, 2011

HOME 2nd say HI ?

NOTE: english broken? ade aku kesah? HUK HUK.
wah tinggal hanya beberapa hari je lagi cik penulis akan pulang ke rumahku syurgaku  yang kedua...

 rasa?
berkecamuk. 

gundah gulana. 

otak dah tepuuu? 
HARUSLAH... 

sedih?
WAJIBUNGHUNNAH.

malas?
SEMEMANGNYA.

tapi nak buat macam mana, apabila kita dah start sesuatu tu, kena lah habiskan, biarlah dengan airmata sekaliponggg!

---iklan berbayar : kucing mana entah, kucing jiran aku kot(yg penting uma aku DISLIKE kucing, NOTE: uma aku yang dislike kucing, aku tak) HAHA.. oouh kucing kat luar tuh keluarkan bunyi yang menyeramkan. jap jap aku nak mngintai----(seyes, lepas type aku pegi tgk kat lua, NOTHING.)

ouh memang. terlalu amat banyak kenangan yang terukir ( wah terukir ke nyah? ) sepanjang cuti 5 bulan nih. 2 bulan menganggur. eh tak lah 2 bulan sangat, tapi almost. HUHU. last2 keje jugak laa.. dpt cari duet simpan sikit PLUS aku beraya dgn duet hasil titik noktah aku sendiri. TITIK NOKTAH? YUPP dekk..

HAHA. tadi akak aku boleh cakap ayat touching-touching kan. mak aku pon, aduish, ade kang aku nangis 3 ari berturut-turut sebelum ahad ni kanggg!
NOTE : ahad 11 sept aku balik kampus. HUHU

akak aku ni jenis tak makan malam sgt, tapi sepanjang berbulan-bulan aku kat sini, dia makan nasi, mase dinner. pastu raya, sibuk bising kat celah telinga aku ni, yang badan dia tak slim-slim. HAHA! akak aku ni muka garang, hati baikkk gilo! HEHE bodek. sekian, bai. HEHE

 mak aku pulak : nnt aida dah takde, takde sapa nak tolong urut mak.. ADEH! ni lagi sedeh, nak bergenang airmato ni haaa... 
NOTE : aku selalu urut mak aku guna mesin OGAWA. hah silap lah kalau ingt aku urut guna tangan. ape? sebab ape tak urut guna tangan??
NOTE #2 : tangan aku kecik je lah. hehe
NOTE #3 : aku diberanak kan secara normal. mak aku cakap, akak aku yang 1st tu, (aku ade dua akak, sekian, HEHE) hah smbung balik, akak aku yang 1st tu, dia beranak songsang. so tangan dia kalau urut memang SEDAP. memang seyh, akak aku pernah urut kepala aku time aku demam. FUHH terlentok aku lepas tuh beb wa cakap lu. HEHE

QUES : yeke anak yang lahir songsang tgn sedap urut. korang pergi tanya tukang-tukang urut tuh, dia beranak songsang ke? mesti ya punya, HAHA ok aku menipu, sekian. HEHE

QUES : beranak songsang tu cmne? secara saintifik aku tak tahu, tapi kalau ikut kata mak aku dan bakal mak mertua kepada sepupu aku ( er paham tak? abaikan kalau tak paham. HEHE) mereka kata kalau lahir songsang ni, sama ada lahir keluar kaki dulu ke, punggung dulu ke.. hah senang cite dorang lahir abnormal la.. HUHU lain daripada yang normal. macam mana? tanya kawan korang yang belajar kat MASTERSKILL kalau ade. HEHE!

aku bebel smpai mana? jap nak scroll ke atas----

ouh okayh, hurmm aku sedang belagak tenang nak hadapi semua-semua ni. wah kelas ayat kau jah. belagak ceria depan mak aku, depan ayah aku, depan abang aku, pusing belakang, airmata berjura-jurai. ye, aku memang anak emak. HUWAA
ok sekian, bai.
salam.


muka aku tak sesedih muka adek ni.. adekk.. mak mana mak? NGEE



Friday, September 2, 2011

semangat menulis berkobar-kembang-kempis!

taktahunaktulisapatapirasanakteruskanmenulistanpahenti!
paham??
ouh, tadi hantar baju kerja yang aku dah tertarikkan benang baju nyer
*bukan salah aku, mesen basuh yang buat*
then rasa macam sayu pulak. hurm bila dah behenti, rasa ukhuwah tu kuat sangat!
benarlah kata orang,
bila dah tiada baru nak hargai...

HAHA teringat pesanan kak fang (ketua aku)
dia pesan kat aku, selalu selalu lah cakap melayu dengan seorang lagi part timer cina kat situ..
cakap kat mana? dalam FB.
aishh rasa macam nak buaat jer tutorial bahasa melayu dalam fb..
paling tidak boleh dapat duet, ye dok? NGEEE~
--searching 4 gambar duit--

paling tepat lagi betul. memang kena dgn cerita cik penulis! HAHA
kesian jugak kat budak cina tu, mungkin dia tak ramai kawan melayu, tu yang susah nak cakap melayu tu..
ouh pesanan kak fang aku tu, belajarlah bahsa mandarin, nanti senag nak kerja.
YES i will learn mandarin. INSYA ALLAH!


harapan oh memang harapan

salam alls.
di sini, harapan memang memuncak muncak macam setinggi Gunung Everest! ngeee~
mengapakah?

----mengapakah kau melangkah pergi ketikaku..blablabla---lagu lagu jiwang jiwang----- ngeeee

kerana...
3 september inilah bukti persahabatan kami masih utuh.
jika dizin kan Allah Taala, kami akan berjumpa esok, bertandang ke rumah masing-masing,

ouh! kenapa letak nama ini? kerana.. rasa.. seronok. HAHA
MAK JEMAH AF FAMOUS OKAY?
ni lah penangan maharaja lawak. si Johan yang memperkenalkan watak ni, so aku yang create event ni kat fb, tak tahu nak letak gambo ape, pastu aku kol la sahabat sejati sejatu aku AYIED untuk tanya nak letak gambar ape, pastu AYIED ponsoh lah letak gamabr seperti yang tertera kat atas tu haaaaa mak jemah oi.. HAHA-----

ouh berchertita tentang harapan, memang harapan memuncak gila babeng sebab berharap rombongan kali ni semeriah tahun lepas. last year was the 1st year wat camni. tu yang tahun ni berharap so sooo much yang dapat wat macam tahun lepas, tapii.....
yeah we'll see how it will be tomorow yeah.

esok, sn aisyah tiada, ouh alyn amyl pon tak de, amal pon takde, mirah pon takdeee!!
hurm memang terasa lah ketiadaan mereka-mereka ini. mcm tak perfect gituh! tapi apakan daya, mungkin Allah merancanakan yang lain yang lebih baik untuk mereka kan..... yang ada ni, teruskan berhappy happy yeah! ingat tujuan asal kitaaaaa.. iaitu........ MOH BERAYA! NGEEE~

bukan tak nak berharap, tapi takut nak berharap, sebab bila dah berharap, ada pulak nanti yang tertiarap!
---HAHA-----

last year's ROMBONGAN CIK KIAH 2010

with lots of prayer.
salam.

Wednesday, August 24, 2011

SUCH A LONG TIME.

assalamualaikum
such a long time i have not post any entry.
oh, it is month of BARAKAH- RAMADHAN.
and it is near to the end.
DEAR ALLAH...MAY YOU ALWAYS BLESS US....AMIN>>>

wah berbahasa omputih pula cik penulis yer! HEHE. actualy saje nak biasakan sebab takut nnt nak mentelaah balik, dah kaku nak buat ayat omputih nih. OUH! cik penulis bukan lah seorang pelajar yang mengambil jurusan TESL. dont get me wrong.  hehe~

ouh, in the month of ramadhan, i got the new and very the very pricious memory. Berbuka puasa di JUSCO TEBRAU CITY! huhu.. pengalaman sungguh. dan cik penulis sangat sangat dan tersangat lah bersyukur sebab dikurniakan kesempatan untuk dapat pengalaman yang serupa ini.

----pengalaman ade rupa meyh?-----

huuhuu berkerja sebagai sales assistant kat bahagian kasut memang menguji kesabaran, ade customer yang try banyak banyak banyak kasut, tapi satu je hamek!!!! *ye cik penulis memang geram. tapi... ape orang kata, customer always right? WHAT THE FISH! GAGAGA~ baru lah faham kan, itulah perasaan kalau kita buat hal kat tukang jual kasut. sekarang dah kena kat batang hidung sendiri baru rase. HAMEK KAU!

-----HAMEK KE AMEK? same je lah tuh!-----

okeyh lagi beberapa hari cik penulis akan chaw dari tempat tuh. perasaan? i just donow what i feel.





*gambar adalah hiasan semata-mata. semaangat nak behenti kerja, semangat nak raya, semangat nak raya, semangat nak raya.
*tak perlu lah nak type banyak kali ouh! hehe... nampak beno nak raya sangat. bukan ape, tak sabar nak jumpa kawan-kawan. hope dapat gather reramai. yelah, bulan syawal lah bulan nak eratkan silaturahim..
INSYA ALLAH....



ouh kayh, itu aje nak cerita sebab itu je nak cite. hah memang tu je nak citer, sekian , wasalam.

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY.

ya iyalah, sebagai blogger yang akan tegar selepas selepas ini, CP turut terpanggil untuk menjoinkan diri dalam WORDLESS WEDNESDAY. apakah ini? sila google. :) meh sini meh CP terangkan,
WORDLESS WEDNESDAY bermaksud hari rabu yang tak payah nak explain panjang-panjang sebab gambar mengandungi ceritanya tersendiri. ok sekian. peace yo!




what say you? :)

**sebelum terlupa, SALAM ISRAK MIKRAJ kepada semua.. :)

Tuesday, June 28, 2011

siapa selalu buat macam CP?

siapa yang selalu buat macam CP?
ape dia?
letak jauh2 charger laptop
hanya akan switch off laptop kalau battery laptop habis.
kalau tak?
kalau tak, sampai suboh esok pon olok-olok ada imsomnia
padahal memang busy
busy surfing.
busy blog-walking.
cett.
inilah anak muda sekarang.
neber say neber.
*tetibe.

peace yo!

ADORE. DEDOR.

kenal siapa? abang kandung cik penulis (CP). NGEH!

next.


they called him-HERO TUA. but i CALLED him-MY PEBRET HERO. ngeh!


HAH! cer tengok ape yang sama antara mereka2 ini? maaf anda lambat seminit. :) yes, mereka semua memakai jam tangan kanan. YES! CP ( cik penulis ) mmg adore pada sesiapa sahaja yang pakai jam tangan kanan. baik lelaki atau perempuan. Perkara pertama yang akan di tengok, bukan lah GIGI seperti yang mereka war-warkan, tapi TANGAN anda. kalau tak pakai jam, under exception. KENAPA? entah, tidak pasti kerana itu memang kesukaan CP atau lebih tepat, HOBI! ngehngeh.

Ini mungkin disebabkan ada seorang guru CP pernah berkata, sesiapa yang memakai jam tangan kanan, ada keistimewaannya. DI MANA KEISTIMEWAANNYA? itu tidak pasti. tapi CP lagi SUKA dan secara tidak langsung TERUJA kalau orang itu, menulis dan memakai jam tangan kanan. 

yes, memang orang memilih untuk memakai jam di tangan kiri kerana bimbang nak menulis nnt susah, tetapi.. TAK LAH SUSAH SANGAT pon. huhu~ ok, CP baru sahaja menggoogle, blog orang seberang lagaknya, mengatakan tiada beza kelebihan sama ada memakai jam tangan kanan atau tangan kiri. in short, terpulang. tetapi mungkin satu kelebihan, kerana orang itu terlalu melebihkan kanan dari kirinya, insya allah. bukankah elok didahulukan tangan kanan dlm melakukan hal kebaikan? heee. insya allah.

ok, jum semua, tukar kedudukan jam tangan anda ke tangan kanan. sahutlah seruan CP. :)

** there is no relationship between DEDOR (as situated at the post title) with the INTI PATI this entry. hehe! saje je, bunyi cam GOOD GOOD JE. NGEH~
ok, peace yo!
TAMAT






Saturday, June 25, 2011

copy and paste sekali lagi.

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan 


dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana 


kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu 


dengan penciptamu, ALLAH SWT"


ohh, terkesan lagi. 

tertarik.

erm pernah atau tidak anda tulis macam nni kat RUANG KOMEN dalam fb----mohon izin share ye :)
share bermaksud kat sini, copy and tampal. heheh. 
tetapi cik penulis amat tertarik pada komen salah seorang kawan ini,
katanya, (lebih kurang cmni la)
"dipersilakan share, ilmu itu milik ALLAH, ana tidak berhak untuk mghalang apa yang menjadi hak ALLAH"
agak terkesima kejap, tangan beku kejap.

ye, aku jahil. huhu.

hurm, ini lah pentingnya kawan, kawan-kawan ke syurga.

ada lagi yang terkesan di hati...

"Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."......

sesungguhnya....kutahu diriku ini masih tidak sempurna......masih byk lg melakukan dosa.......tetapi.....sbg seorg Islam......mencegah kemungkaran itu wajib.......

dan......ingatlah.......

"Agama Islam ialah agama yang MENGAJAR penganutnya MENJAGA TEPI KAIN ORANG....tetapi......Agama Islam BUKANLAH agama yang mengajar penganutnya MENJAGA DALAM KAIN ORANG"........fikir-fikirkanlah........^_^"

ini semua copy and paste, totally the same. huhu

i have no comment toward this quotes. 

im speechless. 

im climbing, falling, climbing and.......

Wednesday, June 22, 2011

kenapa dia macam tu? kenapa dia macam ni? SOALAN SAJE! cuba fikir~

terasa terpanggil untuk menulis entri pada petang senja rabu ini. *skema nya ayat! pada mulanya, memang nak tulis ini sebagai status FB, tetapi macam tak puas pulak nak bebel. er bukan ape, mereka pasti LIKE-mengeLIKE jer. jadi blog la menjadi tempat curahan idea. sebenarnya ini hasil daripada pembacaan komen di FB salah seorang kawan di FB yang mana penulisnya memilih Fb sebagai cara untuk mengutuk. ISH. tak baik betul...


*cik penulis, nak pomot FB ke? bape banyak awak tulis FB...?---- tidaklah, saja nak panjangkan hujah. NGEH!


ok berbalik pada BERITA UTAMA... c pengomen itu merupakan seorang lelaki, yang boleh diklasifikasikan
(mulut turut mengeja) sebagai LELAKI PATAH HATI. *opsss!
lelaki itu mengatakan, cth ayat, " kau ni pompuan ape ha? aku dah kenal ko dekat 3 tahun lebih.. tak boleh tgk lelaki kaya sikit, mula lah pergi kt lelaki tu..." itu contoh semata-mata, tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


persoalan di sini.. pernah tak terfikir, kenapa perempuan itu jadi macam tu.. senang cerita, pernah tak terfikir kenapa perempuan itu bertukar menjadi PAKU PAKIS. eh silap, KAKI KIKIS ???? jangan cepat menyalahkan orang.. kesian dia.. mungkin ade sejarah hitam yang membelengu si perempuan. who knows kan???
barangkali, si wanita itu pernah hidup susah pada zaman kecilnya, jadi... apb meningkat dewasa, dia jadi TERLALU gilakan wang hengget.


*cik penulis... hengget ke ringgit??? ----- HENGGET!




bukan niat penulis untuk mem'back-up' si PAKU-PAKIS ni, tetapi jangan terlalu cepat menabur cacian kepada mereka. kita tidak berada di tempat mereka, pernah dgr pepatah omputih yg berbunyi : "WE ARE NOT IN HER SHOES"... kalo tak pernah, sila google. :)




same goes to lelaki, kenapa dia jadi BUAYA DARAT sgt hah??? mungkin ade sejarah yang menjadikan mereka seperti itu. ya, memang banyak faktor lain, tetapi, SEJARAH meninggalkan kesan yang paling dalam.
LELAKI nmpak je KENTAL, SASA... tapii...hah! ni mak jemah nak cakap, dorang ni HATI SENSITIP JUGAK!


*nak bukti??? ok sila tonton BOYS OVER FLOWERS. lelaki-lelaki dlm cite tu, semuanya ada sejarah lampau, yang menjadikan dorang ni PENGHANCUR HATI WANITA. tapi tak semua la. :)


so CONCLUSION nya.... jangan terlalu cepat judge seseorang. sebelum judge orang, pandang cermin, cakap sorang2!
*kalao cermin besar takde, side mirror moto jiran pon boleh digunakan. HAHA!

*pesanan penaja, SENYUM lah SENYUM lah AHAI CIK MEK MOLEK kalo terjumpa makhluk2 Tuhan yang seperti ini...
ok, peace yo!
TAMAT.

Saturday, June 18, 2011

saya sudah berhenti kerja.

as-salam.
nak buat pengumuman.
SAYA SUDAH BERHENTI KEJE.
:)
bahagia?
yes. memang.


serbasalah?
 yes, absolutely!


saya bukan main-main. tapi keadaan sekeliling yang membuatkan saya tidak boleh meneruskan kerja ini. dan saya tahu, promoter is not my profession. :)) yeah, im LOSER. *huruf L kat dahi. 
yeah but i return all of these to HIM because i know HE knows the better. my heart, gundah gulana, kerana perasaan serbasalah yang menghantui diri, dan mungkin akan terbawa ke mimpi malam ku nnt. dan masih terbayang bagaimana pandangan sinis kawan sekerja, yang menginterview aku. 


HINS, im sorry. i cant explain it to you. silence is better.
GREG, im sorry too. i know, its wasted for you for teaching me.
HENRY, a big sorry from me.
CINDY, im sorry.
BUDAK BARU itu, im sorry too. i still remember your "pandangan", forever.
tapi saya maafkan anda juga.


somtimes, there are somting in the world that we cant do it, because i am a human too. i might be a loser in promoting, but i will succeed in another profession. AMINN. Allah is by my side.


"biarkan kita dpt murkanya manusia demi redhanya Allah..."


ini salah satu kata-kata semangat buat saya, kerana saya terasa seperti tidak mmpu menghadapi hidup dgn 


kebencian orang pada saya, and  she reminds me, that Allah is the one who control our life. 




terima kasih kepada sahabat yang sanggup datang ke hadapan saya sewaktu  airmata saya mengalir deras.




terima kasih kepada sahabat yang sanggup mendengar esak tangis saya.




terima kasih kepada sahabat yang turut risauu akan saya.


and saya tahu, Allah telah menggerakkan hati mak saya, untuk telefon saya sewaktu saya masih dlm 


kesedihan. saya pernah senyawa dgn nya. ya, betul.




im little bit stress, crowded-mind. huhu. tapi inilah saya, berlagak tenang.

Monday, June 6, 2011

anda keBUAYAan atau keBUNGADEDAPan?? bahaya2~

okeh saya menulis tanpa merancang apa-apa. sebab saya tengah kekontangan idea. serius. sungguh. lately, saya duduk rumah sahaja, mengenang nasib diri yang masih menganggur. hurm mintak-mintak ade lah majikan yang sudi untuk meng'kontek' saya setelah saya tinggalkan number fon. hengat senang ker aku nak bagi number fon kat oranggggg haaaaaa! tanda geram. ya, memang saya rasa nak membebel. ttapi saya tersedar, membebel kosong tidak berguna. itu bukan prinsip para blogger. setuju? sila angguk kepala.

tadi saya terbaca paper yang berharga RM 2 tu.. yes, tepat jawapan mak cik timah, - majalah ILUVISLAM. ya, murah sahaja, hanya RM2. beli jangan tak beli. *bagus mak cik timah pon beli, anda? bagaimana? HEE

ceritanya berkenaan mayat lelaki hensem bertukar menjadi HITAM! kenapa?





sebab





dia kaki feremfuan ..... *ejaan memang cmni ke cik penulis? ya memang.


****aku memang pencinta wanita, namun ku MEMANG buaya****


bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi ini lah yang dinamakan pengajaran.
lelaki itu memang seorang yang kacak, memang menjadi kegilaan ramai. ape org kata, sekali petik, 10 pompuan dtg. *10 je ker banggg? NGEH!
nak dipendekkan cerita sebelum anda boshan, c lelaki ganteng tadi pon meninggal dunia. sewaktu dimandikan, badan nya dipenuhi kudis. NAUZUBILLAH. dan wajahnya bertukar hitam.
penulis majalah ILUVISLAM cuba mengingatkan kita tentang balasan atas dosa-dosa kita.


mari beristighfar.


penulis tu juga mengatakan, kalau mayat org yang HENSEM pon boleh bertukar menjadi hitam, apatah lagi kita yang tak HENSEM atau CANTIK nih.

sekali lagi, mari kita beristighfar. insaf.

kita selalu lupa tentang kematian. saya juga. ASTAGHFIRULLAH.

dan yang begitu menarik perhatian saya, ada pesan di hampir penghujung kata beliau, iaitu ... " moga2 cerita benar yg saya bawakan ini mengurangkan kebuayaan anda sekiranya anda anda seorang yang sangat buaya selama ini ; dan mengurangkan kebungadedapan anda andai anda seorang wanita yang bunga dedap selama ini. " *saya edit sedikit*

wanita bunga dedap ialah wanita yg sering keluar malam cari jantan.


tak fasal-fasal bunga dedap dijadikan bahan. kan? bunga dedap cantekk ape. huhu!




sekadar hiasan : 
buaya yang HEPY!


bunga dedap????
*image was copied from other website.
ok, itu sahaja yang saya nak bebelkan. terima kasih kepada majalah ILUVISLAM, kerana tidak putus-putus memberi pengajaran dan peringatan. KEEP IT UP!
p/s : marilah membeli majalah ILUVISLAM , sekali anda beli, nak beli lagi edisi yang akan dtg!

sebelum terlupa, selalu kan kita mendengar kata-kata, " jadilah wanita seperti mawar berduri"-- cantik dipandang, tapi jarang-jarang orang dekati kerana durinya." peringatan bersama.
assalamualaikum.

Tuesday, May 24, 2011

betul. cer try!




buat ape tu dekkk??? HEHE!

penah tak dtg motivasi, *anda geleng? ishh nmpk beno tipunya* ok ok, saya tak hengat kat mana saya penah dengar sugestion ini, tapi dia suruh kita tulis apa impian kita, contoh 
SATU : nak kawin dgn orang kaya
DUA : .................. post deleted---
TIGA : nak jadi cover page majalah. HAHA! *err ni bukan impian aku*

what so ever!

and then, penceramah tu pon bercerita lahh ttg kawan dia ni, 
....pada suatu hari.... *merepek*
kawan dia ni tersangat lah suka tulis semua impian dia... nak isteri yang mcm ni lah ape lah.. dan lain-lain.
and then, beberapa tahun lepas tu, masa si polan dlm cerita ini pon terjumpa lah balik kertas IMPIAN dia tu..

and yang memeranjatkannnnnnn...
*guess what??? kertas tu dah kena makan anai-anai.... HOI! ni bukan aku yang type! hehe*
bukan-bukan, actualy hampir kesemua impian yg dia tulis tuh tercapai... 
mesej yg hendak disampaikan di sini ialah.....

apabila kita sudah tulis sesuatu impian, indirectly minda kita akan set kan impian-impian kita itu
dann kita akan tergerak untuk mencapai satu persatu daripada senarai list itu.

wahhhhh best kan?? kalau aku tulis aku nak kawen ngn William tercapai tak?? err kena tggu dia masuk islam dulu la kot 
*upsss... zasssss! awan merepek aku berjaya ditepis*

ni nak share sikit...

TIDAK SALAH UNTUK BERMIMPI
TAPI BIAR LAH MIMPI ITU 
MIMPI YANG MAMPU MENGGERAKKAN NADI
NADI KE ARAH KEJAYAAN
BUKAN NADI MENUJU KEGAGALAN.



oleh itu ::::::::
why dont you try it??? mari sama-sama kita tulis macam adek kat atas tu buat!
kalo nk tunjuk kita ni anak urban *wahh urban seh*
tulis la impian korunk tu kat dalam lappy... guna microsoft word atau sticky notes....

*HOI! perlu kerr nak detail sgt??*
ngeh3...

salam...

Tuesday, May 10, 2011

anda penganggur seperti saya? jom baca and share!


terliur tak tengok anggur. wohhh sedap nyaaa!
saya penganggur. anda juga??? *give me FIVE*
ok, saya seorang yang sedang mengerah tenaga untuk mencari kerja.. nak cari kerja ni memang perlukan kesabaran. banyak benda yang perlu dinilai. ok, make it simple, i list kan ok soalan2 yg perlu terbit(wah terbit seh ayat aku..hehe) :

1) tempat kerja tuh ade bagi masa untuk solat tak?--- jgn hanya kejar dunia.

2) pakaian macam mana?-- sometimes ade company yang nak pekerjanya free hair. kalo hal ini terjadi, REJECT TERUS !

3) keje bape jam sehari? --- we need to spent time for family too.

4) bape RM? --- ni paling penting, jgn keje nak PATAH URAT, PUTUS PINGGANG,, tapi payment ciput. kena berpada la kann

5) keje yg macam mana tu? berbaloi tak untuk masa depan? tapi ini terlalu sensitif kan, terpulang. kalo nk kumpul pengalaman pon boleh jer. bergantung pada diri masing-masing

6) rakan seperjuangan macam mana?--- kdg2 kena gak judge by its cover. lagi sekali, up to you lah!

ermm itu sahaja setakat ini,
ok saje nak share cerita, lecturer aku penah citer, ade sorang ni, dapat ofer keje kat satu company ni, dia pon lapor diri la kat company tu, tapi kan, company tu tak bagi kebebasan tuk solat jumaat tak silap.--- (of coz la lelaki kan org yg aku tgh citer ni) --- dia pon mula lah rasa tak senang duduk, pastu tak lama pastu, dia terus angkat kaki dari company tu, then tak lama lepas dia resign, dia dapat offer dari satu company ni, yg bagi kelepasan utk solat jumaat dll. yg penting company tu better than previous company.

CONCLUSION : kalau kita buat sesuatu kerana ALLAH, pasti ade ganjaran yg menanti.

ok tu cerita pertama, ni cerita kedua.
ni perempuan punya cerita. mase interview kan, org tu tnya,
"kalau saya nk awak bukak tudung awak utk bekerja, awak sanggup?"
but sorry, i xingt sangat citer nye.
tapi ade 2 perkara yang perlu difikir secara rasional.

satu : kekdang company tu nk tgk pendirian kita apa.
kalo kita ni jenis mmg tak tetap pendirian, kita akan bukak tudung kan? kalo mmg tetap, mesti kita akan reject offer tu, even gaji berbelas-belas angka sekalipun. betul tak? *sila angguk kalau setuju*

dua : memang company tu bukan yg terbaik sebab dia tak mnghormati agama kita. so reject tanpa ragu-ragu. dia tak hormati agama kita, apatah lagi hormati kita. tah-tah nnt kita jadi kuli-batak dia. ohhh tidakkkkkk!

ok itu sahaja, hope kepada readers, kalau nak tmbah ape2, dialu-alukan. saya ni tgh mencari kerja juga.
kita share-share ye!
syukran.
assalamualaikum.



*kejap-kejap saya, kejap-kejap aku, mana satu ni?*
*takpe lah, mana2 pon boleh, sebab ape? ni belog SAYA YANG PUNYA.*

Thursday, May 5, 2011

umur dah 20-an takde pakwe lagi?? tipu laaaa...

huh??? ape semua ini??? ade yang kate, pompuan kalau takde bf, tipu sgt laa.... oh ohhhhh.... anda silap!
kami ini----GENG-GENG SINGLE----tetap memperjuangkan hak kami.
hahaha
(pelempang manja kat pipi)
kami tak laku....??
kau macam laku sangat!
so what???
huhuhu
sebenarnya.... yang sering menjadi perhatian tu, murah sebenarnya tauuuuu!
jeles? sumpah aku takkk!
malah aku tukang gelak.

opsss maaf ayat terlalu kasar
sebab ayat tu masih terngiang-ngiang kat telinga nih.
ape yang pelik sangat kalau aku xde bf?? nonsence!
pada aku, cinta tu bukan semuanya membahagiakan

tgk berita kat paper yang lepas?
tunang lelaki tikam tunang pompuan
TUNANG OKEH!
nak highlight lagi sekali
TUNANG!
dah nak kawin dah nih... aku nak tanya, mane hilang nya cinta??????????????
(aku tekan ? dengan perasaan geram)
*grrrrr

itu ker cinta yang diagung-agungkan?????????
mase nak meminang, bukan main lagi, siap dengan pantun bagai.
ini sebab cemburu etc, sanggup bunuh???????
Ya Allah... kasihan dengan perempuan itu..
setiap pasangan kekasih mesti bayangkan keindahan hidup berumahtangga
kenapa semua jadi macam ini.

mood serius :::::::
satu je jawapan yang paling paling tepat ialah : landaskan cintamu hanya keranaNYA.
jangan melebihi cinta kepadaNYA dan RasulNYA.
oh Allah...

kembalilah menjahit sejadah cinta..
  tanyalah, 
ke mana perginya tangis kita... apa yang kita tangiskan di dunia ini. 
 dalam doa kita, kita sering meminta hanya kepada perkara yang fana....

benar bukan??????
tanyalah lagi..  
 apakah kita pernah menangis kerana kita hilang CINTA-NYA??

renung-renungkanlah bersamaaaa.....

*sedutan dari Halaqah Sentuhan Qalbu. ianya terkesan di hati...
aku yang alpa ini, menulis untuk peringatan sendiri.... and perhaps, it may HEART you too~

terasa.....

terasa bahagia
terasa tenang
terasa aman

terasa terhina
terasa rendah diri
terasa ......

since jadi terjebak dalam dunia ke'blog'an ini....
macam2 dapat kita dapat kan?
lagi2 blog yang letak ayat Quran, hadith
saluttt habissss!
mereka rajin, bijak, dan berilmu
betapa ceteknya ilmu kita ni
itulah pentingnya sahabat
walau tak penah ketemu
nukilan anda buat kita dekat

ohhoooo
entah kenapa
aku menjadi seorang yang puitis sejak ade belog ni.
memula bila tubuhkan blog nih
rase nak cite semuanyaaa.... ape yang berlaku seharian
tapi
perasaan malas nak mengupload gambar
jadi penyebab utamaaaaa
nape aku tak penah cite sangat kehidupan seharian
mungkin pasni aku akan jadi rajinnn sebab
aku penganggur terhormatttttt!

ok then...
when should i seek for a job???
where should i go first?
why should i work?
i also donow
when should i start
where should i go
but i know y i have to.
and may Allah give His permission.

Monday, May 2, 2011

Jilbab putih.

jilbab putih ini
akan menghantarkan
kita
pada cinta ILAHI

assalamualaikum
ini merupakan salah satu daripada lirik
lagu kumpulan yang ditubuhkan di UIA.
dianggotai oleh pelajar dari Indonesia.
errr.. tapi tak ingt nama kmpulan
but then
bila dengar je lirik ni
terkesima jap
cepat-cepat amek hanfon
type lirik ni..
ye la, aku insan yang pelupaa..
tertarik..
kan? kan? kan?
nilai lah sendiri.
tepuk dada, tanya hati.

tukar topik---
u know what,
ade certain perkara, yang walaupun dah masuk ke dalam 
lorong telinge aku, tapi, memang hampeh kalo nak melekat kat otak.
entah kenapa... huhu!

contoh terbaik, resepi masakan.
ok tak perlu diceritakan dengan lebih lanjut.
maluuu! (damn)

guess what,
aku ade impian baru
azam baru
semangat baru


iaitu : memasak.

jangan gelak.
aku akan cuba. 
hahahaha
aku yang gelak sendiri.

c ya.. 
byeeee
assalamualaikum.


Saturday, April 30, 2011

climbing.

im climbing.
with hardness
and sometimes
i might fall
down and down

if you are at my place,
you will know
how actually
my heart is yelling
to say that
'you shouldn't'
but,

im climbing
to make a strength
to say it to myself
before i will say it to you.

im climbing...
to reach there.

Monday, April 11, 2011

JIKA dan BILA. *bukan lirik lagu*

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. 
Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. 
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. 
Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). 
Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). 


Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.


-iluvislam.com


worried, im so so worried.
saya dah jawab tiga paper DEGREE.
saya tak tahu tahap saya.
mana pergi saya yang kononnya bersemangat waja?
hilang terus.


*tukar topik*
saya gelar mereka
SAHABAT KE SYURGA atau MURABBI junior
kerana bermurah hati untuk me'copy' n menge'paste' quote ini untuk tatapan sahabat lain.
and hati saya tersentuh.
tenang kembali.
mengutip serpihan semangat yang tersisa.
moga Allah izinkan.

Thursday, April 7, 2011

THANK YOU ALLAH.

salam
sebesar-besar tidak aku letak gambar nih.
sebab ape?
hati aku besar nak jawab exam?
memang tak lah dek.

oho. exam tadi, aku betul-betul macam nak nangis.
but i know,
Allah always there for me.
dont ever forget to say
THANK YOU to HIM.
for every single thing that you have,
before, now and future.
because someday, He may take it back,
and then you will regret it
because you never say thanks to HIM.
oh Allah.
please forgive me, and them.

kalau ada masalah,
mengapa cari manusia untuk meluahkan rasa
mereka punya telinga untuk mendengar
tapi sejauh manakah ia nya akan kekal dalam memori mereka.
andai kita kata
manusia boleh nampak dengan zahirnya,
Allah?
kamu tahu bukan Allah itu MAHA MENDENGAR dan MAHA MELIHAT...?
TIDAK PERNAH SESAAT pun DIA tidur.
carilah ALLAH dalam apa jua keadaan.
mengadulah pada DIA.
Surah Ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud :
(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.

Saturday, April 2, 2011

berbahagialah dengan Allah....


im happy for you.
again, i lost my soul friend.
yes
for me, friend is like me.
egois nye saya
maaf.
but then, im happy for hearing your story.
your happiness.

sayu. hati sayu.
but suddenly, i remember this one mesej,
di saat orang lain bergantung kepada dunia, gantunglah dirimu hanya pada ALLAH.
di saat orang lain bergembira dengan kekasih hati mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan ALLAH.
 di saat orang lain pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu benar-benar mencintai ALLAH.
ada ayat yang terkesan di hati, "kalau awak pikir alahai, nape lah aku je yang takde sape-sape. padahal orang lain ade yang dah ade bf, dah nak tunang, ada yang dah kawin dah pun, awak pikir macam ni je lahh... ala, nikmat kawen, keseronokan kawen tu sekejap je. " and aku nak tambah,,, "cinta yang fana itu memang tidak ada keseronokan nya, carilah di mana sekalipun, memang tiada. unless ia nya berdasarkan cinta menuju ke jalan Allah. Ya Allah, jadikan aku toyyibat(wanita yang solehah) sebelum aku berjumpa dengan toyyibin (lelaki yang soleh) untuk kuuu~



Thursday, March 31, 2011

lelaki kuat menipu dari perempuan??? FAKTA BUKAN AUTA.

salam kepada anda.

baiklah, ini ialah fakta dari majalah.
bukan jejari yang tak berapa nak runcing ni yang memandai.
ngeee
Lelaki berbohong 1092 kali setahun berbanding wanita 728 kali setahun
o oh!
maksud?
lu pikir la sendirik! haha~
1092 ini bermaksud- kebanyakan lelaki berbohong tiga kali setiap hari.

25% mengaku berbohong kepada ibunya dan 10% mengaku berbohong pada kekasih or isterinya.
how come bohong ngan mak lebih dari bohong ngn aweks???
huh fakta ni salah kot.
eh mane ade, tak mustahil. sebab laki kalau sayang aweks sungguh sungguh. mak dibiarkan terkapai-kapai.
ok aku nak cakap, ini segelintir sahaja. 
*sebelum aku kena damn, baik aku amek langkah berjaga-jaga*
ohooo!
aku juga tak boleh nak nafikan yang pompuan pon ade gak berbohong.
but of coz, im at ladies's side.
yes yes. perempuan lagi baikkkk. haha!
juz kidding.

sebelum para adam kat MALAYSIA ni marah kat aku,
aku nak cakap yang ini adalah berdasarkan penelitian di England.
so kita assume yang lelaki di malaysia baik-baik belaka kot.
kiding lagi~
hehex. kang aku cakap banyak2, tak ketemu jodoh pulak.
eh eh ape aku kesahhhh? haha!
*bongkak* 
itu sahaja yang ingin aku kongsikan dari pembacaan aku.

in a nutshell,
*ayat zaman-zaman sekolah*
lelaki ke perempuan ke
semua sama sahaja di mataNYA,
yang membezakan mereka adalah iman.
yang penting, berbohong tu bukan perkara yang baik. of course!
jangan lupa, lidah kita ni akan menjadi saksi di akhirat kelak.


sampai ketemu yahhh!
salam.

Sunday, March 27, 2011

F I N A L !

FINAL OH! FINAL.
entah kenapa, makin nak dekat final, hati ni melompat-lompat nak keluar
konon nak refreshing my mind,
padahal nnti duet mesti terhakis.
ahaks!
entah kenapa, bunyi bus pon leh aku dgr dgn teliti
dan secara tak langsung
'saiko' akuuuuhhh!
memandangkan bilik aku dgn ngan main gate
so aku akan dgr bunyi bus dgn jelass!
*bas yang ke 101 lalu lagiii*
(cite tipu, aku tak de keje nak kira)
ish kena control nafsu nak jenjalan ni...
kepada kawan-kawan fb,
tolong jangan letak gambar anda hangout...
pleaseeeeee
*tetiba*
entah laahhh
mungkin sebab homesick kot...
bukan tak nak balik, tapi.... entahlah.

okeh, masa untuk belajar. 

Tuesday, March 22, 2011

anda yang terpenting.

kepada anda,
terima kasih.
terasa macam dijulang tinggi ke awan
*hiperbola*
tidak sama sekali.
saya tidak lah sebagaimana yang anda fikirkan
saya insan biasa
kawan yang biasa
............

ada sebab kenapa saya sayang anda
kerana anda seorang yang menghargai kawan
maaf andai saya terkadang melukai anda.
maaf.
sekian lama kita bergelar kawan
anda juga yang TERPENTING
dalam hidup saya
entah kenapa
saya memang tiada malu atau segan
untuk bercerita dengan anda
saya tahu anda juga begitu
oleh itu,
saya sayang anda
hanya itu kata-kata saya
untuk anda.
sayang anda.

Saturday, March 19, 2011

terkesan di hati.

ada benda yang terkesan di hati
apabila
penceramah tu kata
UMMAH MENANTI ANDA.
berkerot-kerot kening aku
kening yang sedikit bersambung
seakan lagi bertambah bersambung
*sekejap je*

ouh!
baru paham.
kita menuntut ilmu
bukan kerana diri kita sendiri
tapi untuk orang di luar sana
(bukan luar dewan je ea dek)
ni aku yang tmbah
ngeee

hurrmmm
selama ni kita TERLALU ingt ikan je (selfish)
tapi...
kita lupa hidup ini perlu diwakafkan untuk orang lain juga!
*hidup diwakafkan adlh ayat satu penceramah ni*
saluuutttt abes kat lecturer AIKOL tuhhh!
tabikkk springggg!

*aikol adalah Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law*

Ayuh.
mari lah bersama-sama mewakafkan hidup untuk orang lain
kadang-kadang kita tak terfikir
apa yang kita buat ni, mungkin susahkan orang lain.

contoh terbaik : 
bila buang sampah tak masuk betul-betul ke dlm tong sampah
pernah tak pikir?
Kasihan makcik cleaner tuh nnt
macam mana kalau mak anda yang jadi cleaner tuh?
*mata begenang*
stop.
sebelum airmata jatuh 
baik tukar topik.

ada benda lain yang terkesan di hati, 
dan mungkin membantu anda untuk terus ikhlas dalam beramal.
kalau orang mintak tolong apa-apa
atau
orang tu tak mintak pon
pikir dulu
benda tu akan membahagiakan dia tak?
kalau YA!
sila teruskan niat anda

sebab Nabi Muhammad sendiri berkata dalam hadith baginda

" There is a enjoined(compulsory) for every Muslim, that is SADAQA. The people ask, "If one has nothing?" then Prophet said, "he should work with his hand, so that he will benefit with his hand and give in charity." The people ask again, " if he does not work?" The Prophet said, " he should help the oppressed unhappy person, by word, or action or both" the people ask again, "if he does not do that?" then Prophet said, " he should enjoin what is reasonable." The people ask again, "if he does not do that,?" the Prophet said, " he should refrain from doing evil thing, as it will consider for him as a SADAQA...."

mana aku dapat hadis ni?
ni lah hadis yang aku present semalam
aku kena tulis
anda kena baca
kerana 
aku memang seorang yang pelupaaa! :)
that's all from me
byeeeeee~
as-salam.