Wednesday, June 22, 2011

kenapa dia macam tu? kenapa dia macam ni? SOALAN SAJE! cuba fikir~

terasa terpanggil untuk menulis entri pada petang senja rabu ini. *skema nya ayat! pada mulanya, memang nak tulis ini sebagai status FB, tetapi macam tak puas pulak nak bebel. er bukan ape, mereka pasti LIKE-mengeLIKE jer. jadi blog la menjadi tempat curahan idea. sebenarnya ini hasil daripada pembacaan komen di FB salah seorang kawan di FB yang mana penulisnya memilih Fb sebagai cara untuk mengutuk. ISH. tak baik betul...


*cik penulis, nak pomot FB ke? bape banyak awak tulis FB...?---- tidaklah, saja nak panjangkan hujah. NGEH!


ok berbalik pada BERITA UTAMA... c pengomen itu merupakan seorang lelaki, yang boleh diklasifikasikan
(mulut turut mengeja) sebagai LELAKI PATAH HATI. *opsss!
lelaki itu mengatakan, cth ayat, " kau ni pompuan ape ha? aku dah kenal ko dekat 3 tahun lebih.. tak boleh tgk lelaki kaya sikit, mula lah pergi kt lelaki tu..." itu contoh semata-mata, tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


persoalan di sini.. pernah tak terfikir, kenapa perempuan itu jadi macam tu.. senang cerita, pernah tak terfikir kenapa perempuan itu bertukar menjadi PAKU PAKIS. eh silap, KAKI KIKIS ???? jangan cepat menyalahkan orang.. kesian dia.. mungkin ade sejarah hitam yang membelengu si perempuan. who knows kan???
barangkali, si wanita itu pernah hidup susah pada zaman kecilnya, jadi... apb meningkat dewasa, dia jadi TERLALU gilakan wang hengget.


*cik penulis... hengget ke ringgit??? ----- HENGGET!




bukan niat penulis untuk mem'back-up' si PAKU-PAKIS ni, tetapi jangan terlalu cepat menabur cacian kepada mereka. kita tidak berada di tempat mereka, pernah dgr pepatah omputih yg berbunyi : "WE ARE NOT IN HER SHOES"... kalo tak pernah, sila google. :)




same goes to lelaki, kenapa dia jadi BUAYA DARAT sgt hah??? mungkin ade sejarah yang menjadikan mereka seperti itu. ya, memang banyak faktor lain, tetapi, SEJARAH meninggalkan kesan yang paling dalam.
LELAKI nmpak je KENTAL, SASA... tapii...hah! ni mak jemah nak cakap, dorang ni HATI SENSITIP JUGAK!


*nak bukti??? ok sila tonton BOYS OVER FLOWERS. lelaki-lelaki dlm cite tu, semuanya ada sejarah lampau, yang menjadikan dorang ni PENGHANCUR HATI WANITA. tapi tak semua la. :)


so CONCLUSION nya.... jangan terlalu cepat judge seseorang. sebelum judge orang, pandang cermin, cakap sorang2!
*kalao cermin besar takde, side mirror moto jiran pon boleh digunakan. HAHA!

*pesanan penaja, SENYUM lah SENYUM lah AHAI CIK MEK MOLEK kalo terjumpa makhluk2 Tuhan yang seperti ini...
ok, peace yo!
TAMAT.

2 comments:

  1. salam. seperti apa y Allah ajarkan...
    bersangka baik..
    'sesungguhnya banyak dr pransngka itu buruk....'
    maka, perlu bersangka baik dengan mereka.. namun perlu wujudkan dalam hati benci akan perbuatan tersebut, benci dengan sikap org tu dan bukan pd org itu...

    ReplyDelete
  2. erm betul jugak kan lenny. kena juga benci, kalo tak benci kang terikut2 pulak. huhu. syukran!

    ReplyDelete