Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY.

ya iyalah, sebagai blogger yang akan tegar selepas selepas ini, CP turut terpanggil untuk menjoinkan diri dalam WORDLESS WEDNESDAY. apakah ini? sila google. :) meh sini meh CP terangkan,
WORDLESS WEDNESDAY bermaksud hari rabu yang tak payah nak explain panjang-panjang sebab gambar mengandungi ceritanya tersendiri. ok sekian. peace yo!




what say you? :)

**sebelum terlupa, SALAM ISRAK MIKRAJ kepada semua.. :)

Tuesday, June 28, 2011

siapa selalu buat macam CP?

siapa yang selalu buat macam CP?
ape dia?
letak jauh2 charger laptop
hanya akan switch off laptop kalau battery laptop habis.
kalau tak?
kalau tak, sampai suboh esok pon olok-olok ada imsomnia
padahal memang busy
busy surfing.
busy blog-walking.
cett.
inilah anak muda sekarang.
neber say neber.
*tetibe.

peace yo!

ADORE. DEDOR.

kenal siapa? abang kandung cik penulis (CP). NGEH!

next.


they called him-HERO TUA. but i CALLED him-MY PEBRET HERO. ngeh!


HAH! cer tengok ape yang sama antara mereka2 ini? maaf anda lambat seminit. :) yes, mereka semua memakai jam tangan kanan. YES! CP ( cik penulis ) mmg adore pada sesiapa sahaja yang pakai jam tangan kanan. baik lelaki atau perempuan. Perkara pertama yang akan di tengok, bukan lah GIGI seperti yang mereka war-warkan, tapi TANGAN anda. kalau tak pakai jam, under exception. KENAPA? entah, tidak pasti kerana itu memang kesukaan CP atau lebih tepat, HOBI! ngehngeh.

Ini mungkin disebabkan ada seorang guru CP pernah berkata, sesiapa yang memakai jam tangan kanan, ada keistimewaannya. DI MANA KEISTIMEWAANNYA? itu tidak pasti. tapi CP lagi SUKA dan secara tidak langsung TERUJA kalau orang itu, menulis dan memakai jam tangan kanan. 

yes, memang orang memilih untuk memakai jam di tangan kiri kerana bimbang nak menulis nnt susah, tetapi.. TAK LAH SUSAH SANGAT pon. huhu~ ok, CP baru sahaja menggoogle, blog orang seberang lagaknya, mengatakan tiada beza kelebihan sama ada memakai jam tangan kanan atau tangan kiri. in short, terpulang. tetapi mungkin satu kelebihan, kerana orang itu terlalu melebihkan kanan dari kirinya, insya allah. bukankah elok didahulukan tangan kanan dlm melakukan hal kebaikan? heee. insya allah.

ok, jum semua, tukar kedudukan jam tangan anda ke tangan kanan. sahutlah seruan CP. :)

** there is no relationship between DEDOR (as situated at the post title) with the INTI PATI this entry. hehe! saje je, bunyi cam GOOD GOOD JE. NGEH~
ok, peace yo!
TAMAT






Saturday, June 25, 2011

copy and paste sekali lagi.

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan 


dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana 


kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu 


dengan penciptamu, ALLAH SWT"


ohh, terkesan lagi. 

tertarik.

erm pernah atau tidak anda tulis macam nni kat RUANG KOMEN dalam fb----mohon izin share ye :)
share bermaksud kat sini, copy and tampal. heheh. 
tetapi cik penulis amat tertarik pada komen salah seorang kawan ini,
katanya, (lebih kurang cmni la)
"dipersilakan share, ilmu itu milik ALLAH, ana tidak berhak untuk mghalang apa yang menjadi hak ALLAH"
agak terkesima kejap, tangan beku kejap.

ye, aku jahil. huhu.

hurm, ini lah pentingnya kawan, kawan-kawan ke syurga.

ada lagi yang terkesan di hati...

"Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."......

sesungguhnya....kutahu diriku ini masih tidak sempurna......masih byk lg melakukan dosa.......tetapi.....sbg seorg Islam......mencegah kemungkaran itu wajib.......

dan......ingatlah.......

"Agama Islam ialah agama yang MENGAJAR penganutnya MENJAGA TEPI KAIN ORANG....tetapi......Agama Islam BUKANLAH agama yang mengajar penganutnya MENJAGA DALAM KAIN ORANG"........fikir-fikirkanlah........^_^"

ini semua copy and paste, totally the same. huhu

i have no comment toward this quotes. 

im speechless. 

im climbing, falling, climbing and.......

Wednesday, June 22, 2011

kenapa dia macam tu? kenapa dia macam ni? SOALAN SAJE! cuba fikir~

terasa terpanggil untuk menulis entri pada petang senja rabu ini. *skema nya ayat! pada mulanya, memang nak tulis ini sebagai status FB, tetapi macam tak puas pulak nak bebel. er bukan ape, mereka pasti LIKE-mengeLIKE jer. jadi blog la menjadi tempat curahan idea. sebenarnya ini hasil daripada pembacaan komen di FB salah seorang kawan di FB yang mana penulisnya memilih Fb sebagai cara untuk mengutuk. ISH. tak baik betul...


*cik penulis, nak pomot FB ke? bape banyak awak tulis FB...?---- tidaklah, saja nak panjangkan hujah. NGEH!


ok berbalik pada BERITA UTAMA... c pengomen itu merupakan seorang lelaki, yang boleh diklasifikasikan
(mulut turut mengeja) sebagai LELAKI PATAH HATI. *opsss!
lelaki itu mengatakan, cth ayat, " kau ni pompuan ape ha? aku dah kenal ko dekat 3 tahun lebih.. tak boleh tgk lelaki kaya sikit, mula lah pergi kt lelaki tu..." itu contoh semata-mata, tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


persoalan di sini.. pernah tak terfikir, kenapa perempuan itu jadi macam tu.. senang cerita, pernah tak terfikir kenapa perempuan itu bertukar menjadi PAKU PAKIS. eh silap, KAKI KIKIS ???? jangan cepat menyalahkan orang.. kesian dia.. mungkin ade sejarah hitam yang membelengu si perempuan. who knows kan???
barangkali, si wanita itu pernah hidup susah pada zaman kecilnya, jadi... apb meningkat dewasa, dia jadi TERLALU gilakan wang hengget.


*cik penulis... hengget ke ringgit??? ----- HENGGET!




bukan niat penulis untuk mem'back-up' si PAKU-PAKIS ni, tetapi jangan terlalu cepat menabur cacian kepada mereka. kita tidak berada di tempat mereka, pernah dgr pepatah omputih yg berbunyi : "WE ARE NOT IN HER SHOES"... kalo tak pernah, sila google. :)




same goes to lelaki, kenapa dia jadi BUAYA DARAT sgt hah??? mungkin ade sejarah yang menjadikan mereka seperti itu. ya, memang banyak faktor lain, tetapi, SEJARAH meninggalkan kesan yang paling dalam.
LELAKI nmpak je KENTAL, SASA... tapii...hah! ni mak jemah nak cakap, dorang ni HATI SENSITIP JUGAK!


*nak bukti??? ok sila tonton BOYS OVER FLOWERS. lelaki-lelaki dlm cite tu, semuanya ada sejarah lampau, yang menjadikan dorang ni PENGHANCUR HATI WANITA. tapi tak semua la. :)


so CONCLUSION nya.... jangan terlalu cepat judge seseorang. sebelum judge orang, pandang cermin, cakap sorang2!
*kalao cermin besar takde, side mirror moto jiran pon boleh digunakan. HAHA!

*pesanan penaja, SENYUM lah SENYUM lah AHAI CIK MEK MOLEK kalo terjumpa makhluk2 Tuhan yang seperti ini...
ok, peace yo!
TAMAT.

Saturday, June 18, 2011

saya sudah berhenti kerja.

as-salam.
nak buat pengumuman.
SAYA SUDAH BERHENTI KEJE.
:)
bahagia?
yes. memang.


serbasalah?
 yes, absolutely!


saya bukan main-main. tapi keadaan sekeliling yang membuatkan saya tidak boleh meneruskan kerja ini. dan saya tahu, promoter is not my profession. :)) yeah, im LOSER. *huruf L kat dahi. 
yeah but i return all of these to HIM because i know HE knows the better. my heart, gundah gulana, kerana perasaan serbasalah yang menghantui diri, dan mungkin akan terbawa ke mimpi malam ku nnt. dan masih terbayang bagaimana pandangan sinis kawan sekerja, yang menginterview aku. 


HINS, im sorry. i cant explain it to you. silence is better.
GREG, im sorry too. i know, its wasted for you for teaching me.
HENRY, a big sorry from me.
CINDY, im sorry.
BUDAK BARU itu, im sorry too. i still remember your "pandangan", forever.
tapi saya maafkan anda juga.


somtimes, there are somting in the world that we cant do it, because i am a human too. i might be a loser in promoting, but i will succeed in another profession. AMINN. Allah is by my side.


"biarkan kita dpt murkanya manusia demi redhanya Allah..."


ini salah satu kata-kata semangat buat saya, kerana saya terasa seperti tidak mmpu menghadapi hidup dgn 


kebencian orang pada saya, and  she reminds me, that Allah is the one who control our life. 




terima kasih kepada sahabat yang sanggup datang ke hadapan saya sewaktu  airmata saya mengalir deras.




terima kasih kepada sahabat yang sanggup mendengar esak tangis saya.




terima kasih kepada sahabat yang turut risauu akan saya.


and saya tahu, Allah telah menggerakkan hati mak saya, untuk telefon saya sewaktu saya masih dlm 


kesedihan. saya pernah senyawa dgn nya. ya, betul.




im little bit stress, crowded-mind. huhu. tapi inilah saya, berlagak tenang.

Monday, June 6, 2011

anda keBUAYAan atau keBUNGADEDAPan?? bahaya2~

okeh saya menulis tanpa merancang apa-apa. sebab saya tengah kekontangan idea. serius. sungguh. lately, saya duduk rumah sahaja, mengenang nasib diri yang masih menganggur. hurm mintak-mintak ade lah majikan yang sudi untuk meng'kontek' saya setelah saya tinggalkan number fon. hengat senang ker aku nak bagi number fon kat oranggggg haaaaaa! tanda geram. ya, memang saya rasa nak membebel. ttapi saya tersedar, membebel kosong tidak berguna. itu bukan prinsip para blogger. setuju? sila angguk kepala.

tadi saya terbaca paper yang berharga RM 2 tu.. yes, tepat jawapan mak cik timah, - majalah ILUVISLAM. ya, murah sahaja, hanya RM2. beli jangan tak beli. *bagus mak cik timah pon beli, anda? bagaimana? HEE

ceritanya berkenaan mayat lelaki hensem bertukar menjadi HITAM! kenapa?





sebab





dia kaki feremfuan ..... *ejaan memang cmni ke cik penulis? ya memang.


****aku memang pencinta wanita, namun ku MEMANG buaya****


bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi ini lah yang dinamakan pengajaran.
lelaki itu memang seorang yang kacak, memang menjadi kegilaan ramai. ape org kata, sekali petik, 10 pompuan dtg. *10 je ker banggg? NGEH!
nak dipendekkan cerita sebelum anda boshan, c lelaki ganteng tadi pon meninggal dunia. sewaktu dimandikan, badan nya dipenuhi kudis. NAUZUBILLAH. dan wajahnya bertukar hitam.
penulis majalah ILUVISLAM cuba mengingatkan kita tentang balasan atas dosa-dosa kita.


mari beristighfar.


penulis tu juga mengatakan, kalau mayat org yang HENSEM pon boleh bertukar menjadi hitam, apatah lagi kita yang tak HENSEM atau CANTIK nih.

sekali lagi, mari kita beristighfar. insaf.

kita selalu lupa tentang kematian. saya juga. ASTAGHFIRULLAH.

dan yang begitu menarik perhatian saya, ada pesan di hampir penghujung kata beliau, iaitu ... " moga2 cerita benar yg saya bawakan ini mengurangkan kebuayaan anda sekiranya anda anda seorang yang sangat buaya selama ini ; dan mengurangkan kebungadedapan anda andai anda seorang wanita yang bunga dedap selama ini. " *saya edit sedikit*

wanita bunga dedap ialah wanita yg sering keluar malam cari jantan.


tak fasal-fasal bunga dedap dijadikan bahan. kan? bunga dedap cantekk ape. huhu!




sekadar hiasan : 
buaya yang HEPY!


bunga dedap????
*image was copied from other website.
ok, itu sahaja yang saya nak bebelkan. terima kasih kepada majalah ILUVISLAM, kerana tidak putus-putus memberi pengajaran dan peringatan. KEEP IT UP!
p/s : marilah membeli majalah ILUVISLAM , sekali anda beli, nak beli lagi edisi yang akan dtg!

sebelum terlupa, selalu kan kita mendengar kata-kata, " jadilah wanita seperti mawar berduri"-- cantik dipandang, tapi jarang-jarang orang dekati kerana durinya." peringatan bersama.
assalamualaikum.