Tuesday, December 20, 2011

kenapa status saya macam tu?


Salam semua. bukan niat di hati nak promote status FB, tapi saya tulis sebab saya nak share ape yang saya dapat hari ini. Saya tulis untuk peringatan.

Saya pelajar 1st year, belum masuk major. DAN kalau orang tanya, MAJOR IN APE? Errrrr... susah nak explain sebab kampus kami memang lain sikit sistem nya. yup, offer letter memang saya "Bachelor in Accounting" tapi tu bukan lah major kami yang sebenarnya. Kami diberi pilihan untuk pilih major yang sebenar2nya.........

OK
tadi around 1 lebih, kami duduk meja yang besar walaupun kami hanya bertiga. tetiba ade lah seorang akak ni duduk depan kitorang. MEMANG SELAMBA. giler. aku dah berkerut sikit, dalam hati kerutnya... (boleh kerrrrr??) huhu! ok then tengok lah macam2 aznil, memang ramah lah, then dia tanya kami, "course ape?" kami jwb "econs" . "major in?" "kami belum major lagi" then pung pang pung pang.... berbual2.... akak tuh 4th year. bisnes admin, specialised in finance. oh! aku dah berbunga2, sebab aku plan nak amek yg ni, instead of Islamic finance. sebab ramai sgt yang apply ni. huhu~ bila aku tny, "susah tak?" laju je dia jawab, "susah, memang susah"
guess what i feel? akak ni memang straight to the point, no belok2 laaaa~
tak macam org lain, dia tak lah ckp yang manis2, kalau susah memang susah. huuuu~

OK
nak pendekkan cerita, akak ni dah practical... practical kat mana? satu company yang namanya dirahsiakan. tapi produk kesihatan. pati2 ayam gitu! huhu~ company yang besar! ish dalam hati aku dah bermonolog dah.."giler ah akak ni!!!!!"
then PUNG PANG PUNG PANG lagi akak ni bercerita.... aku ternganga sikit la dengar... tangan dah kering, nak pergi sinki kang, akak ni bgn jugak, ish akak ni byk isi ni, so kena jugak dengar! hehe~
byk la pengalaman, memang akak ni superb!
nak tahu? dia kerja, semua cina, satu je melayu, termasuk dia. 2 org je melayuuuuuu!
OH!
aku memang terlopong lah dengar. seyes weh! bukan lah nak fanatik sgt, tapi.... hah tu lah!

OK then, kerja dgn org cina ni senang je, memang dia tinggalkan kita belajar sendiri, tapi kalau kita byk bertanya, kita lah yang untung. THEN, memang mereka uji behaviour kita. uish nak tahu mcm mana? mereka tinggalkan kita dengan produk2 mereka, duit bersepah2.. memang nak uji tahap keAMANAHan kita. esok pagi, akak tu kena panggil meeting yang disertai oleh manager2 setiap department, then VIDEO DITAYANGKAN. rupa-rupanya ade CCTV kat dalam bilik semalam tu. mereka tunjuk behaviour kita kat semua manger tu. can you imagine it? untunglah kalau kita ni amanah, baik hati kan, what if kita ni panjang tangan??????? memang maluuuuu! budak practical bawa nama u, bawa nama sendiri (guna nametag) dan paling penting bawa nama AGAMA ISLAM! tapi akak ni tak amek lah, kira behaviour akak ni bagus lahhh~ ALHAMDULILLAH..... ish.. memang mencabar bukan? sila kata yes!

OK then aku tanya lah, "result akak mesti gempak kan? yelah company macam tu pon boleh terima akak jadi trainee" then dia admit yang dia budak average. memang average. bukan DEAN LIST's student. dia admit, dia pernah REPEAT, FAIL pon pernah. WAH~ memang aku teruja. 
Akak ni pon pernah kerja jadi guru ganti kat satu sekolah ni, semua tamil, dia seorang sahaja melayu! of course la SEKOLAH TAMIL. akak ni jugak sekarang ni jadi guru tusyen kepada anak2 owner cafe aku ni.
berbalik kat practical dia tu, dia pernah dicampak kan ke finance, marketing, admin dll. semua dia boleh buat.
time ni tahap keyakinan aku tentang BACHELOR IN BUSINESS ADMINISTRATION memang melonjak tinggi. sampai rosak springggggggg!
masa dia kerja bahagian marketing, dia ditugaskan untuk market kan produk tu, target sale 2000 units. TAPI nak tahu akak tuh dapat sales berapa???? ALMOST 10,000 unitsssss!
memang lah company tu tak nak dia berhenti kerja. hah laaaaaa... sebab dia bijak buat promotion kan!
hurm then jam menujukkan 1.50pm. akak tu ade kelas pukul 2.00pm. so majlis terpaksa bersurai. TANPA RELA.................. hoho! #perlu ker?

cuma apa yang terkesan kat hati aku ni, dia cakap, jangan pandang orang sebelah mata. jangan pandang orang yang bodoh atau yang kurang pandai. sebab kalau kita pon jadi mereka, kita tak suka kan bila kita dipandang rendah. 

itulah sebab kenapa status FB mcm kat atas tu.. kekeliruan aku nak amek BACC atau BBA. then insya ALLAH, aku akan melanjutkan pelajaran dlm BBA. pekakkan telinga, bila orang tanya, "eh eid, kenapa tak amek BACC? eid muka macam budak accounting." #sumpah psycho giler weh! haha. biarkan mulut mereka berkata, sebab masa depan aku tak ditentukan oleh mulut-mulut mereka.
I KNOW WHO I AM.
so please dont ask anymore. tolong sokong aku. PEACE!

ok belum habis cakap lagi ni, tetiba aku teringat nk paste ni.



p/s : akak ni siap ckp kat aku, tak payah lah amek account, kita ni perempuan, takde LIFE nanti. laki tinggal kat umah, kita kang sampai tak tido malam kat office. huhu! but it depends la kan on rezeki masing-masing. PERINGATAN: ini hanya lah pendapat peribadi. REZEKI semua dalam ilmu ALLAH bukan? 
moga ALLAH permudah kan segalanya.. biiznillah...
ok, salam semua. HAVE A BLESS FROM ALLAH. :)

No comments:

Post a Comment